Translate

Thursday, September 24, 2015

AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA 'EIDUL ADHA DAN ADAB-ADABNYA.



1) Bertakbir secara menyaringkan suara bermula dari Subuh 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada Hari Tasyriq yang terakhir.

2) Mandi sebelum pergi mendirikan Solat Sunat Hari Raya. 

3) Memakai pakaian yang paling baik dan berwangi-wangian.

4) Makan selepas balik mendirikan Solat Sunat Hari Raya. Seelok-eloknya makan masakan daripada daging korban jika ada menyertai ibadah Korban.

5) Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain. 

6) Mendirikan Solat Sunat Hari Raya di musolla (tempat solat) di kawasan lapang. Namun, boleh juga didirikan solat di masjid.

7) Membawa kaum wanita dan kanak-kanak ke tempat solat tanpa dikecualikan wanita yang sedang haid.

8) Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah selepas menunaikan solat. 

9) Saling mengucapkan tahniah pada Hari Raya sepertimana yang diungkapkan oleh para Sahabat Nabi Radhiyallahu 'Anhum : 

تقبل الله منا ومنك

Taqabbalallahu minna wa minka. 
(Semoga Allah menerima amal kami dan kalian semua).

BACA, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga bermanfaat untuk semua.

كل عام وأنتم إلى الله أقرب

Sunnah ketika 'eidul adha

1-Bersuci dengan mandi untuk hari raya, berdasarkan riwayat dari Nafi’ bahwa Abdullah Bin Umar mandi di hari raya ‘Idul Fitri sebelum berangkat ke Mushalla (tanah lapang untuk solat) (HR. Imam Malik)

2-Tidak makan di hari raya ‘Idul Adha sampai selesai solat, hal ini berdasarkan hadits dari Buraidah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallampada hari raya Idul Adha tidak makan sampai kembali, lalu makan dari sembelihan kurbannya. (HR. Tirmidzi)

3-Berhias dan mempercantik diri dengan memakai pakaian yang terbaik yang ada serta memakai minyak wangi dan bersiwak, sebagaimana Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Ma’ad (I/441) menyebutkan bahwa Nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallammemiliki Hullas (sebuah jenis pakaian khusus) untuk berhari raya.namun haram bagi wanita untuk mengunakan wangian berlebihan,dan tabarruj

4-Disunnahkan berangkat dengan berjalan kaki, tenang dan santai ke Musholla (tanah lapang), dan pulang  jalan yang lain-Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Ma’ad ( I/449) berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dengan berjalan kaki dan keluar melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” (Riwayat Al-Firyabi dengan sanad shahih lihat  Irwaul Gholil, 2/104)

5-Untuk yang berkorban diingatkan supaya tidak Memotong kuku,misai,rambut dan sengala bulu sehingga selesai bintang korban kita dikorbankan

6-Bilakah mula bertakbir

Mulailah Bertakbir Selepas Solat Shubuh di Hari Arofah Menurut pendapat yang kuat sebagaimana yang dipilih An Nawawi bahwa bertakbir ketika Idul Adha dimulai sejak : setelah solat shubuh pada hari Arofah (9 Dzulhijah) hingga solat Ashar pada akhir hari tasyriq (13 Dzulhijah).Setelah itu takbir tersebut selesai.  

Bagaimana Bacaan Takbirnya? An Nawawi mengatakan bahwa boleh dengan membaca ALLAHU AKBAR, 3 kali berturut-turut. Dan ini boleh diucapkan berulang kali sekehendak kita.

أ- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ

كل عام و انتم بخير،
تقبل الله من ومنكم

Selamat hari raya maaf zahir batin,minal aidil wafaizin 😎 Akhukum Abu Fudhail
A'AmM,
Khamis, 10 Zulhijjah 1436H

Wednesday, September 23, 2015

Panduan ibadah qurban mengikut sunnah

Ibadat Korban Yang Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam Suka

1. Waktu:
- Bermula selepas solat aidil adha 10 Dzulhijjah.
- Berakhir pada13 Dzulhijjah sebelum matahari terbenam.

2. Pemilihan Haiwan Korban:
- Unta, lembu atau kambing.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam suka haiwan korban yang besar dan gemuk.
- Jenis kambing yang Nabi sallallahu alaihi wa sallam sukai adalah kibas.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam suka kambing berwarna putih dan terdapat tompok hitam di mata, di perut dan di kaki.
- Umur haiwan korban perlu mencukupi. Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, kibas 6 bulan.
- Tiada kecacatan pada haiwan. Beberapa tempat diberikan perhatian oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam seperti telinga, kaki, mata, tanduk dan lain-lain.

3. Kaedah Menyembelih:
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam. perintahkan agar kita bersikap ihsan dengan haiwan.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam sembelih dengan tangan baginda sendiri.
- Harus bagi lelaki atau wanita menyembelih. Tetapi lebih utama bagi lelaki.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam tajamkan pisau sebelum sembelih
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam meletakkan kaki di atas rusuk haiwan korban (kambing atau lembu)
- Unta disembelih dalam keadaan berdiri.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam membaca: Bismillah Allaahu akbar, Allahumma taqabbal minni.. (Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ya Tuhanku terimalah ibadat korban dariku...).

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu anhuma, bahawa suatu ketika didatangkan seekor kambing. Kemudian Nabi sallallahu alaihi wa sallam menyembelih dengan tangan beliau.

Ketika menyembelih beliau mengucapkan, "bismillah wallaahu akbar, ini korban atas namaku dan atas nama orang yang tidak berkorban dari umatku." [HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan disahihkan Al-Albani]

Setelah membaca "bismillah Allahu akbar", dibolehkan juga apabila disertai dengan bacaan berikut:

"hadza minka wa laka" [HR. Abu Dawud, no. 2795] Atau

"hadza minka wa laka 'anni atau 'an fulan (disebutkan nama empunya korban). Jika yang menyembelih bukan empunya korban atau

Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, "Allahumma taqabbal minni" atau "min fulan" (disebutkan nama empunya korban).” [Lihat Tata Cara Kurban Tuntunan Nabi, Hal. 9]

4. Tompok / Bahagian Daging Korban:
- Hukum asal seekor kambing adalah setompok atau 1 bahagian.
- Seekor kambing boleh diniatkan untuk diri sendiri dan keluarga. Ia pernah dilakukan oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam sendiri dan para sahabat mengikut contoh yang sama.
- Lembu dibahagikan kepada 7 bahagian
- Unta dibahagikan kepada 7 atau 10 bahagian.
- Bagi sesiapa yang tidak berkemampuan, dia boleh laksanakan korban dengan seekor haiwan korban (mana-mana haiwan korban di atas) lalu diniatkan untuk dirinya dan seluruh ahli keluarganya.

5. Pengagihan Daging Korban:
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam melarang pemberian daging korban sebagai UPAH kepada tukang sembelih dan tukang lapah. Upah hendaklah diberi dari wang saku kita sendiri. Para ulama bersepakat keempat-empat mazhab bersepakat atas larangan ini.
- Daging korban boleh diagihkan kepada 3 kelompok: 1/3 disedekahkan, 1/3 dihadiahkan, 1/3 untuk diri sendiri dan keluarga.

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam: "Barangsiapa yang berkemampuan, tetapi tidak melaksanakan ibadat korban, maka jangan sama sekali dia mendekati tempat solat kami." [HR Ibnu Majah]

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1017585621619599/

Salam Eid Al Adha 

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu"

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد
ُ