Translate

Wednesday, September 23, 2015

Panduan ibadah qurban mengikut sunnah

Ibadat Korban Yang Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam Suka

1. Waktu:
- Bermula selepas solat aidil adha 10 Dzulhijjah.
- Berakhir pada13 Dzulhijjah sebelum matahari terbenam.

2. Pemilihan Haiwan Korban:
- Unta, lembu atau kambing.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam suka haiwan korban yang besar dan gemuk.
- Jenis kambing yang Nabi sallallahu alaihi wa sallam sukai adalah kibas.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam suka kambing berwarna putih dan terdapat tompok hitam di mata, di perut dan di kaki.
- Umur haiwan korban perlu mencukupi. Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, kibas 6 bulan.
- Tiada kecacatan pada haiwan. Beberapa tempat diberikan perhatian oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam seperti telinga, kaki, mata, tanduk dan lain-lain.

3. Kaedah Menyembelih:
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam. perintahkan agar kita bersikap ihsan dengan haiwan.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam sembelih dengan tangan baginda sendiri.
- Harus bagi lelaki atau wanita menyembelih. Tetapi lebih utama bagi lelaki.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam tajamkan pisau sebelum sembelih
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam meletakkan kaki di atas rusuk haiwan korban (kambing atau lembu)
- Unta disembelih dalam keadaan berdiri.
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam membaca: Bismillah Allaahu akbar, Allahumma taqabbal minni.. (Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ya Tuhanku terimalah ibadat korban dariku...).

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu anhuma, bahawa suatu ketika didatangkan seekor kambing. Kemudian Nabi sallallahu alaihi wa sallam menyembelih dengan tangan beliau.

Ketika menyembelih beliau mengucapkan, "bismillah wallaahu akbar, ini korban atas namaku dan atas nama orang yang tidak berkorban dari umatku." [HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan disahihkan Al-Albani]

Setelah membaca "bismillah Allahu akbar", dibolehkan juga apabila disertai dengan bacaan berikut:

"hadza minka wa laka" [HR. Abu Dawud, no. 2795] Atau

"hadza minka wa laka 'anni atau 'an fulan (disebutkan nama empunya korban). Jika yang menyembelih bukan empunya korban atau

Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, "Allahumma taqabbal minni" atau "min fulan" (disebutkan nama empunya korban).” [Lihat Tata Cara Kurban Tuntunan Nabi, Hal. 9]

4. Tompok / Bahagian Daging Korban:
- Hukum asal seekor kambing adalah setompok atau 1 bahagian.
- Seekor kambing boleh diniatkan untuk diri sendiri dan keluarga. Ia pernah dilakukan oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam sendiri dan para sahabat mengikut contoh yang sama.
- Lembu dibahagikan kepada 7 bahagian
- Unta dibahagikan kepada 7 atau 10 bahagian.
- Bagi sesiapa yang tidak berkemampuan, dia boleh laksanakan korban dengan seekor haiwan korban (mana-mana haiwan korban di atas) lalu diniatkan untuk dirinya dan seluruh ahli keluarganya.

5. Pengagihan Daging Korban:
- Nabi sallallahu alaihi wa sallam melarang pemberian daging korban sebagai UPAH kepada tukang sembelih dan tukang lapah. Upah hendaklah diberi dari wang saku kita sendiri. Para ulama bersepakat keempat-empat mazhab bersepakat atas larangan ini.
- Daging korban boleh diagihkan kepada 3 kelompok: 1/3 disedekahkan, 1/3 dihadiahkan, 1/3 untuk diri sendiri dan keluarga.

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam: "Barangsiapa yang berkemampuan, tetapi tidak melaksanakan ibadat korban, maka jangan sama sekali dia mendekati tempat solat kami." [HR Ibnu Majah]

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1017585621619599/

Salam Eid Al Adha 

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu"

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد

أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْد
ُ

No comments:

Post a Comment