Translate

Friday, June 26, 2015

Cerita- cerita orang berjaya

Di bawah adalah kisah-kisah orang-orang yang berjaya. USAHA, SABAR tangga kejayaan. 

1. Heine Allemagne. Mencipta semburan untuk kegunaan dalam pertandingan bola.
 'Kami semua tidur dalam sebuah bilik kecil. Saya tidak pernah mempunyai mainan dan mempunyai beberapa pakaian sahaja. Ibu bapa saya, hantar saya bekerja pada umur 8 tahun'  katanya.


2. Tiger Wood - otai golf antarabangsa.  



Seorang budak yang lahir dalam sebuah keluarga yang miskin, dalam 7 orang adik beradik, badan dia adalah yang paling kurus dan lemah. Pada suatu hari, dia membaca sebuah buku mengenai" Jack William Nicklaus" orang yang paling berjaya dalam sukan golf. Selepas dia membaca, dia ingin jadi seorang pemain golf yang berjaya.

Dia kemudiannya meminta ayahnya membeli 1 set golf. Tapi ayahnya berkata 'kita orang miskin, kita tidak mampu', sukan golf adalah pemainan orang kaya. Budak ini agak kecewa, tapi ibunya tetap percaya anaknya boleh jadi seorang pemain golf yang berjaya, ibu beritahu anaknya suatu hari nanti kalau awak dah jadi seorang pemain golf yang berjaya jangan lupa belikan saya sebuah rumah bungalow, anaknya kata: Mesti.

Jadi ayahnya pun buatan sendiri sebatang kayu golf untuk anak. Budak ini mengorek beberapa lubang di belakang taman rumah, setiap hari berlatih main golf. Sampai sekolah menengah cikgu sukan merasakan budak ini ada bakat main golf, mencadangkan budak ini untuk bermain golf di club sekolah, bayaran club ditanggung oleh cikgu.

Semasa itu cikgu tanya budak ini, apakah impian awak ? budak ini menjawab, "Saya ingin menjadi seorang pemain golf yang berjaya, supaya mendapat untung wang yang banyak dan boleh membeli sebuah bungalow kepada ibu. Cikgunya terharu dengan jawapan budak ini, jadi semasa cuti sekolah ramai budak akan pergi buat kerja partime, tapi budak ini melatih main golf dalam club sekolah.

Beberapa tahun kemudian budak ini telah menjadi seorang pemain golf yang professional dan berjaya menangi 39 kali juara dalam pertandingan terbuka, pendapatan dia adalah 100 juta dollar dalam setahun, dan dia tidak lupakan janji dengan ibunya, selepas dia dah berjaya dalam sukan golf, dia telah membeli 6 buah rumah bungalow untuk ibu bapanya. Budak itu ialah Tiger Woods.

3. Adly Mukhtar

4. Al- rajhi







Thursday, June 25, 2015

Kisah si gadis suci : air mutlak vs air musta'mal

Tersebutlah suatu kisah... Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?




note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Wednesday, June 24, 2015

Membenarkan anak anda berkahwin pada zaman universiti?


Adakah memberi kebenaran kepada anak untuk berkahwin ketika mereka sedang belajar di universiti adalah satu tindakan yang bijak? Mula- mula kita lihat dahulu hukum perkahwinan itu sendiri.

1. WAJIB BERKAHWIN:

Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya zahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
Menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita sekarang di mana ibu bapa akan memastikan anak- anak mereka untuk tidak berkahwin ketika dalam alam universiti. Sehinggalah anak selesai menghabiskan pHD, barulah terfikir untuk berkahwin. Hendaklah kita sedari bahawa perkahwinan pada masa muda adalah bagus dari segi kemampuan untuk mendapatkan anak. Dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri suka akan umatnya yang ramai. Perkahwinan itu mangajar sang suami untuk lebih komited dan bermatlamat dalam kehidupannya (dalam istilah lain fokus dan tidak main2 ) berbanding dengan lelaki bujang memandangkan kewajiban untuk menyediakan tempat tinggal dan makanan menjadi satu tanggungjawab sang suami. Maka suami akan lebih bersungguh2 untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Ini di antara kisah yang berkahwin awal ketika dalam pengajian di universiti beliau, saudara Syahr Musafir Zawawi yang boleh kita jadikan panduan untuk anak dan cucu kita pada masa akan datang. Saya mengagumi kehebatan dan keberanian beliau dalam memilih yang terbaik tanpa mengenepikan agama dan dunia pada masa yang sama.

In-syaa-Allah atas permintaan ramai, saya cuba kongsikan pengalaman saya menyiapkan penulisan thesis dalam masa 3 bulan. Sebelum bermula saya ingin berpesan, ini adalah pengalaman dan perkongsian peribadi saya semata-mata. Jika tidak bersesuaian dengan cara anda, banyak lagi perkongsian pengalaman yang lain yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. In-syaa-Allah.
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta 

 Ada baiknya saya perkenalkan sedikit latarbelakang diri; penyelidikan “PhD in Medicine” saya melibatkan lab-based research menggunakan tikus di Animal House, sampel daripada pesakit-pesakit di hospital, penggunaan alat-alat teknologi yang ‘pelik’ dan canggih (masalah juga kerana berkongsi dengan orang), banyak masa diluangkan menggunakan mikroskop dan sebagainya, di The University of Adelaide, Australia. Saya tamatkan Degrees (Bach. of Science (Biotech) dan Bach. of Health Science (Honours)) pada hujung usia 23 di universiti yang sama, langsung memulakan PhD pada usia 24 tahun (tidak buat Masters). Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang sangat supportive dan memahami, dan seorang ayah kepada dua orang cahaya mata. Ada orang kata, saya masih mentah untuk menjadi seorang suami, ayah dan pelajar PhD pada usia itu. Tetapi, saya buat tidak endah sahaja komen-komen negatif sebegitu. Saya juga seorang aktivis yang terlibat dengan sebuah badan tarbiyyah/dakwah, terlibat dengan pelbagai persatuan pelajar di Australia dan paling penting, seorang anak yang mempunyai tanggungjawab besar kepada ibu bapa di Malaysia. Jadi terus terang saya katakan perjalanan PhD saya banyak naik dan turunnya, ada pasang dan surutnya.
Terlalu banyak yang boleh dikongsi. Iyalah, 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Tetapi sebagai permulaan, di sini saya kongsikan 11 keutamaan. Maafkan saya jika ulasannya tidak terperinci, saya akan olahkan lagi secara berperingkat selepas-selepas ini pada siri penulisan/perkongsian saya pada masa akan datang, in-syaa-Allah. Saya berdoa agar perkongsian pertama ini memberikan manfaat kepada semua pelajar kerana tips ini boleh diaplikasikan pada semua peringkat penulisan termasuk PhD, Masters, Degree’s final year project’s report dan sebagainya. Maafkan saya kerana perkongsian kali ini menggunakan rojak Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris. Nak santai, kalau boleh.

11 Perkongsian Pengalaman Menyiapkan Penulisan Tesis Phd Dalam Masa 3 Bulan 9 Hari

Ini adalah perkongsian dari Saudara  Syahr Musafir Zawawi. Bagi yang ingin menyambung pengajian, bolehlah menjadikan point ini sebagai rujukan.



1) IMPROVE OUR LANGUAGE/ENGLISH DAN BUAT NOTA BAHASA SEIRING DENGAN NOTA TOPIK PhD


Menulis memerlukan penguasaan bahasa. Pada awal permulaan PhD, pastikan kita sudah kenalpasti bahasa apa yang perlu diasah sedari awal untuk memudahkan penulisan di kemudian hari. Pada saya, Bahasa Inggeris. Secara peribadi, jika kita berusaha menguasai English sejak dari bangku persekolahan akan memudahkan banyak perkara. Namun, jangan takut untuk bermula walaupun kita rasa kita sudah terlewat. Membaca review articles, journals, newspapers, books dan pelbagai lagi dalam tahun-tahun PhD sangat membantu untuk menguasai bahasa.
Namun, perlu diingat. Kita bukan mahu menguasai English sebab kita mahu jadi English lecturers atau seumpamanya. SIMPLY BE CLEAR BAHAWA KITA NAK KUASAI ENGLISH UNTUK PASS PhD. Jadi, one way to improve and master the language is to read and understand the English language used in OUR FIELD. Don't worry about anything more than that.
Saya sangat yakin para calon PhD akan membaca artikel dan buat nota, kan? Ada jenis orang yang buat nota scribbles dan terlalu pendek. Jadi. Saya cadangkan kita ubahsuai sedikit iaitu selain nota ringkas tentang topik PhD, kita baca, ingat dan buat nota bagaimana lenggok bahasa dan pengolahan yang ditulis dalam artikel-artikel penerbitan dalam bidang kita.
Contoh penulisan saintifik perubatan menggunakan bahasa yang lebih direct dan straight-forward. Simple dan tidak meleret. Vocabulary yang tinggi tetapi bukan bombastic. Kenalpasti dan buat nota BEBERAPA TERMA DAN PERKATAAN YANG SELALU DIGUNAKAN dan di mana digunakan. Sekaligus apabila kita faham tentang penggunaan bahasa sebegini, kita dapat mengelakkan plagiarism and repetition.

2) PILIH FORMAT TESIS


Kita berhak memilih sama ada ingin menulis tesis dalam bentuk conventional atau publication. Saya memulakan PhD dengan meminjam beberapa naskhah tesis yang telah disiapkan oleh para pelajar terdahulu untuk mengenalpasti cara penulisan mereka. Melalui tesis-tesis ini, kita boleh melihat sejauh mana format itu sesuai dengan kita atau tidak. Contohnya, seorang yang descriptive akan sukakan conventional thesis. Seorang yang ‘nak cepat siap’ seperti saya lebih sukakan publication format. Bergantung kepada setiap individu. Sama ada conventional atau publication, kedua-duanya mempunyai kesenangan dan kesukaran tersendiri. Saya berpendapat, tiada yang lebih baik daripada yang satu lagi. Kedua-duanya sama. Perbezaannya adalah cara tesis ditulis dan dipersembahkan sahaja.
Selain bacaan sendiri, banyakkan perbincangan dan tanya pendapat orang lain yang berpengalaman. Contohnya, bincangkan dengan supervisor(s) tentang format mana yang paling sesuai dengan gaya kita. Contoh praktikal lain adalah perbincangan di media sosial seperti dalam Doctorate Support Group di Facebook.
Saya telah memilih publication format. Salah satu sebabnya adalah format ini lebih menjimatkan masa yang diambil untuk menulis dan hampir tiada risiko kegagalan tesis apabila saya merujuk tesis-tesis para pelajar terdahulu. Saya pun jenis ‘nak cepat siap’ jadinya publication format is better, in my opinion.
Sebaik sahaja kita membuat pilihan, bincangkan dengan supervisor(s) tentang projek penyelidikan kita. Ada orang buat perbincangan tentang research projects terlebih dahulu. Either way tidak mendatangkan masalah as long as kita faham format mana yang terbaik dan paling sesuai dengan kita. Pilihlah format yang kita selesa dan yakin.

3) RANCANG MASA, SET OUR MILESTONE AND VERY IMPORTANT WHEN TO FINISH


Sebagai seorang penerima biasiswa kerajaan Malaysia, saya menanam impian untuk menjadi pelajar yang menyudahkan PhD dalam masa 3 tahun cukup supaya saya tidak perlu fikirkan lagi tentang memohon lanjutan biasiswa dan sebagainya. Semangat saya berkobar-kobar. Namun, semangat sahaja tidak cukup. Semangat ini perlu diiring dengan perancangan yang rapi dan teliti, dan paling penting adalah ACHIEVABLE PLAN.
Saya kongsikan bagaimana saya membuat perancangan milestone peribadi. Saya menangguhkan tarikh memulakan PhD kerana kelahiran cahaya mata pertama. Selepas si anak berusia dua bulan, saya memulakan PhD. Tahun pertama PhD di Australia memerlukan saya focus kepada kefahaman literature yang tinggi, adaptasi kepada suasana di tempat penyelidikan, menulis proposal, oral presentations yang banyak dan sebagainya. Jadi, FOKUS. Selepas tahun pertama selesai, saya dan isteri merancang kelahiran cahaya mata kedua kami. Tarikh kelahiran disasarkan selepas saya selesai seminars, conferences, reports dan lain-lain agar tidak menjejaskan PhD progress. Maka lahirlah si anak pada tahun kedua pengajian PhD. Nak sangat baby kedua lahir di Australia, kan? Heheh..
Oleh kerana saya telah merancang untuk menyempurnakan PhD pada tahun ketiga, maka tahun ketiga adalah tahun untuk fokus menyiapkan penyelidikan dan menulis tesis. Hidup merantau di tempat orang tidak menghalang kami untuk pulang ke Malaysia menziarahi keluarga. Kami rancangkan masa pulang ke Malaysia sesuai dengan masa ‘rehat’ PhD, contohnya pada musim panas (summer break). Saya mahu ingatkan, make sure apabila bercuti kita bercuti betul-betul. Jangan bawa balik kerja ke masa cuti. Nanti isteri membebel (alamak!).
Pada perancangan akademik, pastikan kita follow betul-betul apa yang dirancang. Ini tidak bermaksud kita menjadi terlalu rigid pada jadual. Tetapi ini bertindak sebagai guideline utama agar kita tidak bertindak sambil lewa tanpa susunan jadual yang serius. Saya mengambil inisiatif membincangkan perancangan akademik ini dengan supervisor(s) pada masa yang sama memastikan perancangan itu sesuai dan seiring dengan perancangan peribadi dan keluarga saya.

4) BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN SUPERVISOR(S)/PENYELIA; TO UNDERSTAND AND AGREE

Ini SANGAT PENTING dan berkait rapat dengan Poin (3) di atas. Hubungan yang baik dengan supervisor(s) bakal menentukan sama ada kita boleh menyudahkan PhD dengan gembira atau sebaliknya. Saya mencadangkan supaya kita mengambil langkah berkongsi perancangan peribadi dan keluarga kepada supervisor(s) agar mereka faham komitmen kita kepada keluarga kita. Secara jujur, saya memberitahu mereka tentang aktiviti-aktiviti saya dengan badan tarbiyyah/dakwah, persatuan pelajar dan sebagainya – saya mengkategorikan ini sebagai leisure time saya untuk mengelakkan stress dan menenangkan fikiran. Jadi, mereka tidak membantah. Perancangan akademik perlu selari sekaligus tidak mengabaikan keperluan peribadi, keluarga dan selayaknya.
Namun, tidak cukup sekadar berkongsi dan merancang. Kita sebaiknya memastikan supervisor(s) memahami dan bersetuju dengan perancangan itu tanpa prejudis. Ya, key points adalah FAHAM dan SETUJU. Kita harus memastikan supervisor(s) faham perancangan itu secara keseluruhan dan bersetuju dengannya. Jangan main angguk-angguk. Jika dirasakan perlu, siapkan/tuliskan minit mesyuarat kita bersama supervisor(s) dan sediakan ruangan untuk ditandatangan oleh supervisor(s).
Jika tidak keterlaluan, budayakan sikap sosial yang positif bersama supervisor(s) dan rakan-rakan di pejabat/makmal/research team kita. Sebagai contoh, sekali-sekala keluar lunch bersama. Saya pernah secara santai memberikan coklat (beli semasa sales ada harga diskaun supaya jimat. Heheh) dan hadiah sebagai tanda terima kasih kerana mereka membenarkan saya pulang ke Malaysia menziarahi keluarga. 
Kita boleh budayakan sikap bertanya khabar tentang keluarga selain isu akademik. 
Jika diundang ke majlis-majlis, sertailah selagi mana tidak keterlaluan. Contohnya, majlis makan-makan dan engagement/wedding parties.
Kita juga boleh berkongsi sebarang achievement atau kejayaan peribadi yang dicapai agar mereka tahu we are doing well with our academics.
Salah satu awards yang diterima. 
Sedikit sebanyak semua ini merapatkan hubungan kami dan menghilangkan jurang. Kita boleh merasakan keberhasilannya apabila supervisor(s) turut sama memberikan keakraban yang baik seperti memberikan hadiah untuk anak-anak kita.
Hadiah daripada supervisors:. 
Juga kita boleh melihat kesan yang baik apabila supervisor(s) mempercayai kebolehan kita. Sebagai contoh, saya diberi kepercayaan dan peluang untuk mengajar di universiti. 
Cuma saya juga ingin mengingatkan supaya kita mengambil sikap berhati-hati dan tidak bertindak berlebihan. In-syaa-Allah semuanya OK sahaja. Apabila hubungan yang baik terbina, banyak urusan akan menjadi mudah. Sebagai contoh apabila kita memohon cuti dan sebagainya. Saya telah memohon cuti bagi menjaga isteri pantang bersalin dan menjaga anak yang tidak sihat selama berminggu-minggu. Cuti diluluskan tanpa banyak soal asalkan kita menyiapkan kerja-kerja kita mengikut perancangan milestone yang telah dipersetujui.
Apabila saya meminta agar mereka memberi komitmen untuk saya menyudahkan penulisan tesis, mereka dengan senang hati membuat perancangan yang sama pada jadual mereka sendiri agar dapat memenuhi tuntutan kita. Bak kata orang, apabila hati mereka senang, kerja kita pun menjadi senang.
Saya tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah orang yang tidak membenarkan kita mempunyai hubungan ‘sentimental’ dengan supervisor(s). Boleh. Hubungan kekeluargaan atau hubungan yang baik-baik dalam batasan agama adalah dibenarkan. Jadikan mereka sebagai sahabat baik. Mereka bantu kita mendapatkan PhD, kita membantu mereka menghasilkan seorang graduan PhD (kitalah tu!). Tiada apa yang salah jika mengikut landasan yang betul. In-syaa-Allah.

5) PENGETAHUAN TENTANG MICROSOFT WORDS DAN ENDNOTE

Menulis tesis adalah satu komitmen yang sangat tinggi. Cubalah bayangkan kita perlu menulis sekurang-kurangnya 200 muka surat kertas A4 dalam MICROSOFT WORD. It is a long document. Big and heavy too. Jadi kemahiran dan pengetahuan tentang Word amatlah penting. Selain dapat menaip dengan baik, pastikan kita tahu menggunakan “Writing Styles” seperti Heading 1, Heading 2…, memastikan page layout adalah betul mengikut requirement pihak universiti, menggunakan “References” untuk memasukkan Table of Content secara automatik, dan pelbagai lagi. Jika pihak university ada menyediakan kursus seperti ini, hadirilah. Jika tiada, carilah. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang, ilmu ini amat bernilai dan sangat membantu proses penulisan kita.
Secara peribadi, saya menggunakan “Document Map” semasa menulis tesis untuk memudahkan saya melihat dan menyemak apa yang saya belum dan telah siapkan.
Kenalpasti cara atau FORMAT REFERENCING DAN CITATION yang perlu kita gunakan. Adakah sekadar perlu menggunakan “Footnote” atau perlu menggunakan aplikasi lain? Saya menggunakan EndNote untuk tujuan referencing. Sebagaimana pentingnya Word, begitulah pentingnya EndNote. Be ready with a great computer yang boleh handle big files. EndNote akan melambatkan computer sekiranya banyak references yang dimasukkan ke library kita. Masuklah ke bengkel EndNote berbayar sekalipun jika pihak university tidak menganjurkan kursus sebegini. In-syaa-Allah tidak rugi.

6) KERANGKA AWAL YANG AGREEABLE, DAN SUSUN PROSES MENULIS

Apabila kita mempunyai determination yang tinggi untuk menulis tesis, sudah pasti semangat kita berkobar-kobar. Saya telah mempunyai himpunan key points dalam note book saya tentang apa yang saya ingin tuliskan. Namun, sebelum kita melompat, ada baiknya kita melihat ke arah tempat mana kita akan mendarat nanti terlebih dahulu. Maksud saya, mulakan penulisan dengan menulis kerangka penulisan.
Dalam bahasa mudahnya, KERANGKA PENULISAN boleh dibuat dalam bentuk Table of Content. Rancangkan topik dan subtopik apa yang kita mahu tuliskan. Jika boleh, tambahkan juga key points (dalam bentuk point form) tentang perkara-perkara utama yang kita ingin bincangkan dalam topik/subtopik tersebut.
Tidak perlu menunggu lama atau kerangka sempurna, saya terus menghantarkannya kepada pihak supervisor(s) untuk semakan. Di sinilah kita dapat tahu sama ada idea penulisan kita adalah bertaraf PhD atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Beri ruang kepada supervisor(s) untuk nyatakan komen dan pendapatnya. Dengar dengan berhati-hati. Nyatakan kefahaman dan persetujuan kita. Jika terdapat perkara yang kita tidak faham atau tidak setuju, ajukan dan utarakan kepada mereka.
Akhir sekali, pastikan kerangka ini dipersetujui bersama. Saya memastikan semua pihak berpuas hati.
Dalam pada masa kita mendapatkan feedback tentang kerangka penulisan, saya telah menyusun proses penulisan saya. Kita perlu merancang apa yang kita mahu tulis terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain. Saya secara peribadi telah memilih untuk bermula dengan menulis perkara yang PALING SENANG disusuli dengan bab yang lebih sukar:
i. METHOD – Pada saya, methodology telah pun siap kerana penyelidikan sudah siap. Kalau tak siap, masakan boleh mengambil keputusan untuk menulis tesis? Pastikan ini. Ada orang yang menulis methodology ini sejak awal mereka menjalankan research. Ini adalah sikap terbaik dan terbagus! Jika anda tidak seperti ini, jangan risau kerana anda sama macam saya. Apabila memulakan penulisan tesis, inilah perkara pertama yang saya tulis.
ii. RESULTS – Saya memastikan saya menulis results dan cuba memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang sedang saya tuliskan. Kadang-kadang, semasa menulis inilah, muncul idea-idea baru tentang penulisan kita. Subhanallah! Lebih menarik lagi, muncul juga idea-idea untuk penyelidikan seterusnya. Namun, kita letak tepi semua ini terlebih dahulu. Sekarang adalah masa untuk menulis tesis. 
iii. INTRODUCTION – Selepas menulis result, menulis literature review atau Introduction ini membantu saya memahami dengan tepat sumbangan penyelidikan saya kepada dunia. We are filling up the gap in the knowledge. Tulis dengan berhati-hati dan jangan terkejar dengan masa. Bab ini paling panjang, jadi perancangan masa perlu dibuat dengan baik. Buat timeline yang achievable dan follow plan sebaik mungkin. 
iv. DISCUSSION – Bab ini amat penting. Di sinilah ‘iman’ kita terhadap penyelidikan kita teruji. Di sinilah orang akan dapat lihat sama ada kita memahami research kita. Tulislah dengan kritis dan BIJAKSANA. Sedikit sebanyak inilah ruang dan masa untuk kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi viva nanti.
v. CONCLUSION dan ABSTRACT – Apabila menyelesaikan semua bab yang lain, penulisan dua bab ini akan menjadi sangat ringkas. In-syaa-Allah.
Maafkan saya kerana tidak berkongsi tentang bagaimana menulis satu per satu bab-bab ini. Saya berpendapat setiap bidang mempunyai cara penulisan tersendiri. Jadi, mengulas penulisan dalam bidang saya akan menimbulkan bias. Namun, saya boleh kongsikan nanti apabila berkesempatan. Sila tinggalkan komen jika anda mahu saya kongsikan.

7) TERUSKAN MENULIS WALAUPUN TIADA IDEA


Semasa saya menulis tesis saya, saya sangat determined (sebenarnya, terpaksa) untuk menyiapkan tesis dalam masa 3 bulan kerana saya perlu pulang ke Malaysia pada hujung Disember 2014 atas komitmen keluarga di Malaysia. Saya tidak mahu kembali semula ke Australia selepas itu kerana masalah kewangan dan kesihatan yang sangat meruncing. Jadi by hook or by crook, saya akan menyiapkan tesis ini. Jadi saya menulis setiap masa, days and nights, sekalipun saya tiada idea. Masa menulis, kita sudah tiada lab works dan seumpamanya. Jadi buangkan rasa malas-malas. Hilangkan segala distraction yang mengganggu. Fokus. Tuliskan tesis walaupun hanya sekadar key points. Jika masih malas, kita juga boleh mengambil inisiatif untuk menyemak semula bab-bab yang telah kita tulis.
The point is not to waste your time. The clock is ticking for you to submit your thesis, remember?

8) BERANSUR-ANSUR DAN BERPERINGKAT


Seperti yang kita fahami, al-Qur’an telah diturunkan kepada manusia secara beransur-ansur. Sediki sebanyak mengambil ibrah daripada ini, saya telah mengambil keputusan untuk menghantarkan draf tesis saya secara beransur dan berperingkat-peringkat kepada pihak supervisor(s). Setelah menyiapkan setiap bab, saya hantarkan terus kepada mereka untuk check. Sedikit demi sedikit. Perlu diingat bahawa kita perlu memberi masa dan ruang untuk mereka menyemak dan membaca penulisan kita.
Jangan tunggu siap semuanya barulah nak submit ke supervisor(s). Ini akan merumitkan kerja kita. Bahkan, akan merumitkan kerja mereka juga. Ditambah pula jika banyak corrections yang perlu dibuat, haru-birulah jika perlu menyemak seluruh manuskrip tesis yang panjang berjela dan melebih 200 muka surat itu. Nangis!
Saya telah mengambil inisiatif untuk memberikan cadangan kepada pihak supervisor(s):
i. Saya hantarkan Bab 1 yang siap kepada supervisor A.
ii. Supervisor A akan menyemak Bab 1 sehingga selesai lalu menghantarnya kepada supervisors B dan C.
iii. Saya pula akan menghantarkan Bab 2 kepada supervisor A untuk semakan.
iv. Apabila supervisors B dan C menyelesaikan Bab 1 dan memulangkannya kepada saya, mereka menerima pula Bab 2 daripada supervisor A.
v. Saya pula akan menghantarkan Bab 3 kepada supervisor A.
vi. Bergantung kepada keadaan, saya akan menyiapkan Bab 4 atau saya akan melihat feedback daripada ketiga-tiga supervisors dalam Bab 1 yang telah direview oleh mereka.
vii. …Dan cycle ini berterusan sehingga siap seluruh bab dalam tesis. Supervisor(s) setuju, alhamdulillah. Mudah kerja.

9) PROAKTIF DAN RESPONSIF


Saya menyibukkan diri saya dengan sikap proaktif dan responsif yang positif.
Kita perlu PROAKTIF bertanyakan soalan, menyiapkan tugasan mengikut perancangan yang telah dipersetujui dan menghantarkan draf kepada supervisor(s) kita. Kalau boleh, siapkan tugasan dua tiga hari lebih awal daripada due date. Saya pernah dipuji kerana menyiapkan tugasan 23 hari lebih awal daripada tarikh saya sepatutnya menghantar keputusan data analysis.
Kita juga perlu RESPONSIF terhadap setiap perkara. Sebagai contoh, jangan menangguh membalas emel daripada supervisor(s). Susun ayat kita dengan baik dan responlah.
Dengan dua sikap ini, in-syaa-Allah sedikit sebanyak kita mampu membuatkan supervisor(s) teruja dengan sikap dan kesungguhan kita. Make them impressed with your determination. Tunjuk effort dan kesungguhan. Jangan beri ruang supaya mereka fikir kita main-main.

10) SHARING IS CARING


To be honest, and to be frank, doing PhD is crazily painful. It is hard and tough. It is annoying and troublesome. But hey, IT IS VERY FUN TOO!
Pada pandangan saya, saya memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD kerana tanggungjawab. Anda juga mempunyai pelbagai sebab dan alasan tersendiri kenapa anda memilih jalan ini. Bahkan jika anda tidak merancang tetapi secara tiba-tiba terjebak dengan pengajian PhD, anda masih tetap mempunyai sebab kenapa anda melakukan PhD, ‘terjebak’ it is. Jadi, ingatlah pada matlamat dan niat asal kita. In-syaa-Allah.
Saya mengambil inisiatif berkongsi dengan keluarga terutamanya isteri saya dan rakan-rakan baik saya tentang perjalanan PhD saya. Ada masanya saya memilih untuk berkongsikannya di media sosial seperti Facebook tentang achievement and juga masalah-masalah yang saya alami. You will be surprised how much that helps you to go through the obstacles. Ramai rakan yang sangat supportive dan memberikan kata-kata positif yang menaikkan semangat kita untuk terus berjaya. Adapun terdapat kata-kata negatif, haters gonna hate. Biarkan tikus-tikus ini dengan labu-labu mereka. Maafkan mereka kerana mereka tidak tahu kita sedang berjuang dan berjihad dengan penyelidikan dan mata pena kita.
Ini adalah contoh satu luahan perkongsian saya apabila berjaya menyiapkan lebih 20 ribu perkataan dalam masa seminggu. 
24882 WORDS DONE IN 9 DAYS:
Apabila kawan-kawan berikan kata-kata semangat, jujurnya sangat membantu saya menulis dan terus berjuang. As simple as that. You don’t need people to come and watch you writing. But their words are valuable to encourage you. Sekalipun tiada sokongan daripada kawan-kawan, jangan khuatir. It doesn’t hurt not to be listened. It is OK. Just say it and keep writing (^_^)
PhD journey is memorable, you know it! Sesuatu yang menggamit kenangan sebegini perlu digazetkan dalam diari. Jadi, Facebook can be your diary. But yes, a shared diary la. Heheh.
Secara peribadi selain isteri yang terbaik Pn Rahimah Ab.Rahman, saya mempunyai sahabat terbaik yang menjadi tulang belakang kejayaan saya. He knows who he is. Pada pandangan saya, buat PhD is not about intelligence but how much your family and friends supporting you in your undertakings. Which is so valuable. So, share your story.

11) JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT


Jika ditanyakan kepada saya apakah rahsia terbesar kekuatan saya untuk menyiapkan tanggungjawab ini, jawapan pasti yang saya akan utarakan adalah doa kepada Allah swt. Mintalah kepadaNya. Minta bersungguh-sungguh.
BERDOA BIAR KELUAR AIR MATA, BARU POWER!!!

Tuesday, June 23, 2015

Bergraduasi pHD di Jepun

Setelah hampir 3 tahun melakukan pHD di Jepun, Alhamdulillah, akhirnya berjaya untuk viva pada bulan Oktober. Sebelum itu, ada satu sistem yang lain sedikit berbanding di Malaysia, di mana, ada pre-viva. Pre- viva diadakan beberapa bulan (lebih kurang 5-6 bulan sebelum pelajar dijangka bergraduasi). Bagus kan? YANG PALING PENTING, pre-viva diadakan melibatkan REAL examiner di hari viva nanti. So di sini lah, mereka akan tentukan, anda layak ber viva pada bulan Ogos nanti atau tidak. Di sini dia akan menyatakan kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk persediaan viva. So tak de lah kena bahan atau hentam bila hari viva nanti kan? hehe. Dan peluang untuk bergraduasi pada waktunya menjadi lebih cerah.

30 May 2015

Sebab tak faham bahasa jepun, dia tulis in English. Alhamdulillah, berjaya untuk viva pada Ogos nanti. One step further to graduation day. Bukan satu perkara yang mudah membuat pHD di Jepun, tetapi sekiranya kita rajin, ia bukan menjadi masalah. Yang penting hati supervisor kena jaga dan datang ke lab / ofis awal dan pulang lambat. 

Monday, June 1, 2015

Malam nisfu Syaaban mengikut Nabi s.a.w

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah hari yang ke-15 atau separuh dari bulan Syaaban dalam  tahun Islam (Hijriah). Kita digembar- gemburkan untuk melakukan amalan seperti membaca Yasin tiga kali dengan mempercayai bahawa  amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 



Namun begitu tiada amalan yang khusus untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaaban mengikut hadis yang sohih/ sahih, Hadith yang menyatakan kelebihan-kelebihan malam nisfu syaaban adalah dhaif. Tiada salahnya jika kita mahu memperbanyakkan amalan sunat tambahan pada waktu ini, beribadah seperti malam -malam yang lain.

Namun, Usamah bertanya nabi paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Nabi menjawab kerana bulan Syaaban terletak di antara dua bulan yang mulia iaitu Rejab dan Ramadhan, di mana bulan rejab adalah bulan. manakala Ramadhan adalah bulan Alquran, di mana umat banyak mengabaikan kelebihan bulan Syaaban.  
"Belum pernah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berpuasa satu bulan yang lebih banyak dari pada puasa bulan Sya'ban. Terkadang hampir beliau berpuasa Sya'ban sebulan penuh." (H.R. Al Bukhari dan Msulim). Tetapi dibenarkan untuk berpuasa selepas separuh dari Sya'ban iaitu selepas 15 Syaaban, tetapi menutamakkan seprauh Syaaban yang pertama.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi berkata, bulan yang terbaik untuk berpuasa ialah bulan Muharram.. Jika berpuasa pada hari Asyura, (10 Muharram), Allah mengampuani dosa- dosa tahun lepas.