Adakah memberi kebenaran kepada anak untuk berkahwin ketika mereka sedang belajar di universiti adalah satu tindakan yang bijak? Mula- mula kita lihat dahulu hukum perkahwinan itu sendiri.
1. WAJIB BERKAHWIN:
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. SUNAT BERKAHWIN:
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. HARUS BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. MAKRUH BERKAHWIN:
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
5. HARAM BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya zahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
Menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita sekarang di mana ibu bapa akan memastikan anak- anak mereka untuk tidak berkahwin ketika dalam alam universiti. Sehinggalah anak selesai menghabiskan pHD, barulah terfikir untuk berkahwin. Hendaklah kita sedari bahawa perkahwinan pada masa muda adalah bagus dari segi kemampuan untuk mendapatkan anak. Dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri suka akan umatnya yang ramai. Perkahwinan itu mangajar sang suami untuk lebih komited dan bermatlamat dalam kehidupannya (dalam istilah lain fokus dan tidak main2 ) berbanding dengan lelaki bujang memandangkan kewajiban untuk menyediakan tempat tinggal dan makanan menjadi satu tanggungjawab sang suami. Maka suami akan lebih bersungguh2 untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Ini di antara kisah yang berkahwin awal ketika dalam pengajian di universiti beliau, saudara Syahr Musafir Zawawi yang boleh kita jadikan panduan untuk anak dan cucu kita pada masa akan datang. Saya mengagumi kehebatan dan keberanian beliau dalam memilih yang terbaik tanpa mengenepikan agama dan dunia pada masa yang sama.
In-syaa-Allah atas permintaan ramai, saya cuba kongsikan pengalaman saya menyiapkan penulisan thesis dalam masa 3 bulan. Sebelum bermula saya ingin berpesan, ini adalah pengalaman dan perkongsian peribadi saya semata-mata. Jika tidak bersesuaian dengan cara anda, banyak lagi perkongsian pengalaman yang lain yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. In-syaa-Allah.
Bak kata orang tak kenal maka tak
cinta
Ada baiknya saya
perkenalkan sedikit latarbelakang diri; penyelidikan “PhD in Medicine” saya
melibatkan lab-based research menggunakan tikus di Animal House, sampel
daripada pesakit-pesakit di hospital, penggunaan alat-alat teknologi yang
‘pelik’ dan canggih (masalah juga kerana berkongsi dengan orang), banyak masa
diluangkan menggunakan mikroskop dan sebagainya, di The University of Adelaide,
Australia. Saya tamatkan Degrees (Bach. of Science (Biotech) dan Bach. of
Health Science (Honours)) pada hujung usia 23 di universiti yang sama, langsung
memulakan PhD pada usia 24 tahun (tidak buat Masters). Saya merupakan seorang
suami kepada seorang isteri yang sangat supportive dan memahami, dan seorang
ayah kepada dua orang cahaya mata. Ada orang kata, saya masih mentah untuk
menjadi seorang suami, ayah dan pelajar PhD pada usia itu. Tetapi, saya buat
tidak endah sahaja komen-komen negatif sebegitu. Saya juga seorang aktivis yang
terlibat dengan sebuah badan tarbiyyah/dakwah, terlibat dengan pelbagai
persatuan pelajar di Australia dan paling penting, seorang anak yang mempunyai
tanggungjawab besar kepada ibu bapa di Malaysia. Jadi terus terang saya katakan
perjalanan PhD saya banyak naik dan turunnya, ada pasang dan surutnya.
Terlalu banyak yang boleh dikongsi.
Iyalah, 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Tetapi sebagai
permulaan, di sini saya kongsikan 11 keutamaan. Maafkan saya jika ulasannya
tidak terperinci, saya akan olahkan lagi secara berperingkat selepas-selepas
ini pada siri penulisan/perkongsian saya pada masa akan datang, in-syaa-Allah.
Saya berdoa agar perkongsian pertama ini memberikan manfaat kepada semua
pelajar kerana tips ini boleh diaplikasikan pada semua peringkat penulisan
termasuk PhD, Masters, Degree’s final year project’s report dan sebagainya.
Maafkan saya kerana perkongsian kali ini menggunakan rojak Bahasa Melayu campur
Bahasa Inggeris. Nak santai, kalau boleh.
Beliau juga ada berkongsi 11 PERKONGSIAN PENGALAMAN MENYUDAHKAN PENULISAN TESIS PhD DALAM MASA 3 BULAN 9 HARI.
No comments:
Post a Comment