Setelah hampir 3 tahun melakukan pHD di Jepun, Alhamdulillah, akhirnya berjaya untuk viva pada bulan Oktober. Sebelum itu, ada satu sistem yang lain sedikit berbanding di Malaysia, di mana, ada pre-viva. Pre- viva diadakan beberapa bulan (lebih kurang 5-6 bulan sebelum pelajar dijangka bergraduasi). Bagus kan? YANG PALING PENTING, pre-viva diadakan melibatkan REAL examiner di hari viva nanti. So di sini lah, mereka akan tentukan, anda layak ber viva pada bulan Ogos nanti atau tidak. Di sini dia akan menyatakan kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk persediaan viva. So tak de lah kena bahan atau hentam bila hari viva nanti kan? hehe. Dan peluang untuk bergraduasi pada waktunya menjadi lebih cerah.
30 May 2015
Sebab tak faham bahasa jepun, dia tulis in English. Alhamdulillah, berjaya untuk viva pada Ogos nanti. One step further to graduation day. Bukan satu perkara yang mudah membuat pHD di Jepun, tetapi sekiranya kita rajin, ia bukan menjadi masalah. Yang penting hati supervisor kena jaga dan datang ke lab / ofis awal dan pulang lambat.
No comments:
Post a Comment