Translate

Sunday, May 24, 2015

Perbezaan jenis bawang dalam masakan

Dalam masakan, mesti kita tertanya apakah sumbangan rasa dan fungsi setiap bawang dalam masakan kita kan? Mesti masa pergi pasaraya, kita keliru yang mana satu bawang yang kita mahu beli? OK, cekidouts~



1 Bawang Kuning / Bawang Besar Holland


Digunakan untuk memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi (saute), dan stew. Jika dalam resepi menyatakan bawang, selalunya paling selamat gunalah bawang kuning ini. Bawang ini memberikan imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis selesai memasak, Semakin lama anda memasak ia, semakin sedap masakn anda Bawang ini mempunyai sifat yang menyengat menyebabkan mata kita berair. Apabila memasak, ia memmberikan rasa yang sedap dalam masakan.

2. Bawang merah





Dalam masakan melayu, kita banyak menggunakan bawang merah. Tetapi selalunya bawang ini  boleh dimakan begitu sahaja, seperti untuk penyediaan salad dan sandwiches. Bawang merah mempunyai kulit yang berwarna purple-merah dan di antara kebanyakan bawang, ia mempunyai rasa yang paling lembut dan manis. Untuk masakan yang menggunakan api seperti menumis, bawang merah ini kurang menghasilkan rasa yang sesedap bawang kuning dalam masakan. Memasak dengan menggunakan bawang merah menghilangkan rasanya yang lembut tetapi meningkatkan rasa pada makanan di sekitarnya. 

3. Bawang merah kecil / shallot




Selalunya digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Ia mempunyai rasa yang lebih lembur dari bawang merah.




CARA PEMILIHAN BAWANG YANG ELOK KETIKA MEMBELI BELAH : 

1. Bau dan berat. Yang terbaik pilihlah bawang yang padat dan rasa berat di tangan anda mempunyai kulit luar yang merekah dan mempunyai bau yang tidak kuat. Bau yang kuat memberi tanda bahawa bawang itu mula untuk rosak dan dah lama.

2. Elakkan bawang yang mempunyai tanda/ titik yang gelap (dark spot) atau kulat.

3. Jika boleh, belilah bawang yang fresh dan guna sebaik sahaja setelah membelinya.

4. Penyimpanan bawang didalam tempapt yang sedikit sejuk, dan gelap tetapi bukan di dalam peti ais. Ini kerana bau bawang boleh menggangu bau makanan  yang berada dalam peti ais anda.






Saturday, May 23, 2015

Jadual Makanan berpantang

44 hari berpantang untuk wanita adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan tubuh kita pulih dan sihat seperti sebelum melahirkan anak. Mari kita lihat ringkasan jadual yang boleh dijadikan rujukan dan memudahkan untuk wanita yang sedang berpantang.


Doa merangkumi segala hajat

Abu umamah meriwayatkan bahawa mereka tidak dapat mengingat doa yang diajarkan Rasullah sallahualaihi wasalam. Lalu Nabi mengajarkan doa ini:


‏اللهم إني أسألك من خير ما سألك منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، وأعوذ بك من شر ما استعاذ منه نبيك محمد صلى الله عليه وسلم، وأنت المستعان، وعليك البلاغ، ولا حول ولا قوة إلا بالله‏

'Allahumma inni as'aluka min khairi ma sa'alaka minhu nabiyyuka Muhammadun sallallahu 'alaihi wa sallam. Wa 'a'udhu bika min sharri mas-ta'adha minhu nabiyyuka Muhammadun sallallahu 'alaihi wa sallam. Wa Antal-Musta'anu, wa 'alaikal-balaghu, wa la hawla wa la quwwata illa billah 

Maksudnya : Ya Allah, aku merayu kepada-Mu kebaikan dimana Nabi Muhammad mohon kepada- Mu, dan saya memohon perlindungan dari kejahatan dimana Nabi Muhammad memohon dari- Mu. Sesungguhnya kau sahaja tempat kami meminta pertolongan dan kau maha mengetahui. Tiada kuasa yang hebat selain kehebatan- Mu.

(At tarmidhi : 17: 28)

Thursday, May 21, 2015

Waktu di makbulkan doa

Setiap insan mempunyai hajat, maka lakukan solat sunnah, dan mohonlah.
Tetapi untuk berdoa memohon, Antara waktu- waktu yang dimakbulkan doa ialah :

1)  Antara waktu azan dan iqamah
2)  Ketika waktu  hujan
3)  1/3 waktu terakhir malam  : 2-3 jam terakhir sebelum subuh
4 ) Waktu sujud samada solat wajib, solat sunnah
5) Sebelum salam








Tuesday, May 19, 2015

Zikir selepas solat selari dengan sunnah Nabi

Kebiasaan masyarakat kita, sekiranya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa yang panjang berzikir selepas solat, mereka akan cenderung untuk membaca al-Fatihah, lalu berdoa dan berlalu pergi. Namun adakah benar amalan ini ada diamalkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam para sahabat?

Amalan Sunnah dan Ringkas selepas Solat
Hakikatnya, baginda tidak memerintahkan kita membaca al-Fatihah dan berdoa setiap kali selesai solat, kerana hal itu telah dibaca didalam solat, namun sebaliknya yang diperintahkan dan disunnahkan adalah zikir-zikir dan surah-surah pendek yang lain. Sekiranya kita tidak berkelapangan untuk berzikir panjang, maka 4 amalan ini sudah memadai untuk dilakukan. Selain ia zikir yang pendek dan mudah, ia juga sunnah baginda yang sangat besar ganjarannya, hingga amat rugi untuk kita meninggalkannya.

1. Istigfar 3x
أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
“Aku minta ampun kepada Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah As-Salaam (Yang selamat dari keburukan dan kekurangan) dan dari-Mu as-salaam (keselamatan), Maha Berkah Engkau Wahai Dzat Yang Maha Agung dan Maha Baik.” (HR. Muslim 1/414)

2. Berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar 33x
سُبْحَانَ اللهِ (33 ×)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)
اَللهُ أَكْبَرُ (33 ×)
Kemudian dicukupkan menjadi seratus dengan membaca,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
(tiada yuhyi wayumit)

“Barangsiapa membaca zikir ini setelah selesai dari setiap solat wajib, maka diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

3. Membaca 3 Qul
‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan saya untuk membaca al–Mu’awwidzat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) setiap kali selesai solat.” (HR. Abu Dawud, dihukumi sahih oleh al-Albani)

4. Ayatul Kursi
Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.” (HR. An-Nasai dalam Al Kubro 9: 44. Hadits ini dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, sebagaimana disebut oleh Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram.)

Bagaimana pula berdoa selepas solat? Tiada satu pon hadis menunjukkan Nabi S.A.W berdoa, apatah lagi berdoa ramai-ramai. Berzikir beramai-ramai juga tiada. Masing- masing berzikir sendirian. Semoga bermanfaat. Allahua’lam Beramallah dengan amalan yang mengikuti cara nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallam 



Tuesday, May 12, 2015

Vaseline & wanita : 1001 manfaat

Ada banyak kegunaan dan manfaat vaseline yang anda mungkin tidak tahu. Harga murah tapi mempunyai 1001 kegunnan yang mungkin anda tidak percaya. Terutama untuk wanita, wajib ada dalam handbag anda. Wow! Jom tengok kegunnanya;



Menghaluskan rambut
Vaseline boleh digunakan untuk merapikan rambut yang terkeluar-keluar atau bercabang. Atau boleh digunakan pada ‘baby hair’ yang boleh memcacatkan kerapian rambut kita. Caranya sapukan pada tisu dan sapukan ke bahagian rambut yang bermasalah itu.
Minyak wangi lebih lama
Sebelum spray perfume, sapukan Vaseline di spot yang korang nak spray, minyak wangi. Antara spot nya di pergelangan tangan dan bawah area telinga. Yang pakai tudung spot nya semestinya pada tudung anda pakai.

Melembabkan kulit kering 
Sapukan pada spot yang cenderung untuk kering seperti bibir, siku,lutut dan tapak kaki yang pecah-pecah dan sangat kering. Nak dapat kaki yang licin dan lembab? Sebelum tidur sapukan Vaseline pada kaki anda dan pakai stocking. Esok pasti kaki anda halus mulus dan lembab!

Merapikan kening dan bulu mata
Kening dan bulu mata serabut? Anda boleh rapikan kening terutama sebelum memakai mascara atau melakar kening  sebagai langkah pertama solekan kening anda.
Membersihkan muka dari kesan make up
Make up remover yang kita gunakan biasanya mengandungi bahan kimia. Elakkan bahan kimia dari hidup anda! Carannya dengan menggunakan Vaseline sebagai pengganti baik kepada bibir, mata dan muka anda.

Memudahkan pemakaian anting-anting
Sapukan Vaseline ke hujung tajam anting-anting and dan lubang pada telinga anting-anting anda, mesti mudah tanpa sakit.
Lip scrub semula jadi
Lip balm biasanya ade mengandungi bahan kimia. Bibir selalu kering? Dengan cuaca yang panas? Pastikan anda sapukan Vaseline sentiasa dan juga boleh jadikan lips scrub seminggu 2 kali. Hah! Tak payah nak beli lip scrub atau lip balm yang mahal tu kan selepas ni?


Pendek kata, banyak kelebihan lah! So, korang memang wajib beli k!

Jawatan kosong pembantu peperiksaan sambilan 2015



Sesiapa yang tinggal di Perak or tak tinggal pon xpa, boleh membuat part time kerja ni. Bolehlah try mohon ni. Jangan lupe sebarkan ye!



Sunday, May 10, 2015

Kitar semula mampu membantu menyelamatkan dunia

Pernah tertanya-tanya tak apa yang berlaku kepada sabun yang kita gunakan di hotel? Jeng jeng jeng.. Ya, sabun anda mungkin digunakan hanya sekali atau dua kali sebelum dibawa keluar dari hotel. Anda akan gembira untuk tahu ini: Menurut video yang diberikan oleh AP, sebuah organisasi dengan kemudahan di Florida, Las Vegas dan Hong Kong mengumpul bar digunakan sabun daripada lebih 4,000 hotel, kitar semula mereka ke dalam sabun segar dan menyampaikan bekalan kepada orang yang memerlukan di seluruh dunia. Bagus kan? Lihat semua proses di bawah. Semoga lebih bermanfaat kepada yang lebih yang memerlukan.



Cara/ Rahsia / Petua mendapat / hamil anak kembar

Cara mendapatkan anak kembar? Fakta yang anda perlu tau, sekiranya mahu kembar. Tahukah anda, anda dapat meningkatkan keberangkalian anda mendapat kembar meningkat sekiranya anda melakukan berikut:



  • 1)      Menggalakkan pasangan anda untuk makan  tiram. Mitos bandar mengenai tiram sebagai afrodisiak tidak sepenuhnya tidak berasas. Tiram adalah tinggi dalam zink dan ini membantu dengan pengeluaran sperma. Lebih sihat dan mudah bergerak sperma itu, semakin besar kemungkinan dapat menyuburkan telur . Jika dia berminat untuk mengambil makanan tambahan, cadangan untuk lelaki pada waktu subur mereka adalah 14mg / hari.  sayur-sayuran Berdaun hijau, bijirin, roti, bijirin dan benih gandum adalah  sumber yang sangat baik dari zink.
  • 2)      Makan lebih keladi / keledek. Ia adalah satu fakta bahawa lebih ramai wanita hamil dengan kembar yang tinggal di kawasan di mana keladi adalah komponen utama dalam diet mereka. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa komponen kimia yang berlaku secara semula jadi daripada keladi membantu menyokong fungsi ovari. Ia juga Dipanggil sebagai Cassava. Nak beli? Klik sini. Supplement untuk membantu mendapatkan anak kembar.
  • 3)      Semakin tua umur, semakin tinggi keberangkalian mendapatkan kembar. Ini kerana sebelum seorang wanita memasuki peri-menopaus, ovari mula melepaskan lebih daripada satu telur setiap bulan. Kemuncak kesuburan Ini juga dipengaruhi oleh peningkatan estrogen. Penyelidikan kesuburan telah membuktikan bahawa kehamilan kembar adalah lebih biasa di kalangan wanita yang berusia lebih 35 tahun. Tetapi ini hanya terpakai untuk kembar tidak seiras.
  • 4)      Ada bantuan kesuburan seperti persenyawaan in vitro atau mengambil ubat kesuburan. Ini merangsang ovari untuk menyokong lebih daripada satu folikel ovari setiap bulan ke arah kematangan. Hasilnya adalah bahawa lebih daripada satu telur dilepaskan.
  • 5)      Pilih genetik anda sendiri dengan berhati-hati! Walaupun kita semua tahu ini adalah mustahil. Tetapi jika anda datang dari keluarga di mana kembar tidak seiras adalah biasa maka sejarah keluarga anda dan endowmen genetik bermakna anda mempunyai peluang yang lebih besar mempunyai mereka sendiri. Tetapi kembar seiras boleh berlaku di mana-mana keluarga.
  • 7)      Telah hamil sebelum ini. Wanita yang sebelum ini telah mempunyai bayi atau dua mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil dengan kembar.
  • 8)      Mempunyai keluarga yang besar. Teori ini adalah berdasarkan kepada matematik tulen; kali yang anda mengandung lebih besar kemungkinan untuk hamil lebih daripada seorang bayi.
  • 9)      Hamil semasa anda berada dalam penggunaan pil. Sukar kerana ini boleh menjadi keseluruhan, ada insiden yang lebih tinggi daripada wanita hamil dengan kembar apabila mereka kontraseptif oral.
  • 10)   Cuba untuk hamil sejurus selepas anda berhenti mengambil pil. Teori ini ialah untuk beberapa kitar pertama kitaran tubuh wanita akan melalui fasa penyesuaian hormon.
  • 11)   Lebih berat daripada yang lebih ringan supaya anda mempunyai indeks jisim badan lebih tinggi (BMI). Sesetengah penyelidik mendakwa bahawa seorang wanita yang mempunyai BMI yang lebih besar daripada 30 meningkatkan peluangnya. Tetapi memandangkan julat yang sihat pada tahun-tahun subur adalah 20-25 dan 30 akan meletakkan anda dalam kategori berat badan berlebihan / obesiti maka ini bukan cadangan yang sihat.
  • 12)   Wanita yang ‘tinggi’ lebih cenderung untuk hamil kembar .
  • 13)   Mengambil makanan tambahan asid folik sebelum anda hamil. Cadangan umum bagi wanita yang merancang untuk hamil adalah untuk mula mengambil makanan tambahan asid folik satu bulan sebelum persenyawaan.
  • 14) Berdoa dan berzikirlah untuk mendapatkan anak kembar : 

  • i) Surah As-Saaffaat Ayat 120: ii) Surah As-Syura ayat 50:

Rezeki: Tips/ Cara/Amalan dimurahkan, dilimpahi dan bertambah.

Bercakap mengenai rezeki, apa itu rezeki? Rezeki bukan duit sahaja ek, tapi rezeki termasuklah kesihatan yang baik, anak yang ramai, dan lain2. Jangan sempitkan pemikiran kita rezeki itu duit, duit itu rezeki. Yang lain kita tak pandang sebagai rezeki. takmo takmo takmo ye!


Definisi rezeki ialah segala macam yang diperlukan oleh makhluk dalam menjalani hidup di dunia. Rezeki ni macam pokok yang berbuah dan berselerak buahnya di bumi. Ok, buah yang terjatuh di atas berselerak di bumi tinggal nak pungut sahaja, ni macam kurniaan Allah yang sudah ada pada kita. contoh penglihatan, Manakala buah yang masih di atas pokok tu seperti rezeki yang kita kena usahakan contoh duit makan untuk keluarga. faham tak ni?  ok good! so, cekdisout!



1) Banyakkan istighfar.. 





“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

2) Pergi haji dan umrah berulang- ulang


Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3) Takwa
4) Tawakkal
5) Mengukuhkan silaturaahim
6) Bersedekah 
7)Berhijrah kerana Allah
8) Berbuat baik kepada orang lemah

Berdoalah, antara doa yang boleh di amalkan






Bolehkah bermewah ketika berpakaian?

Boleh tak kita berpakaian mahal- mahal? Macam mana ek dalam masa yang sama, nak mendapat pahala dari tawadhu atau tidak? Hah, kat sini, kadang-kadang mungkin kita confuse kan? cekdisout~

Dari Mu’adz bin Anas, ia berkata,
مَنْ تَرَكَ اللِّبَاسِ تَوَاضُعًا لِلَّهِ وَهُوَ يَقْدِرُ عَلَيْهِ دَعَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلاَئِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنْ أَىِّ حُلَلِ الإِيمَانِ شَاءَ يَلْبَسُهَا
Barangsiapa yang meninggalkan pakaian (yang bagus) disebabkan tawadhu’ (merendahkan diri) di hadapan Allah, sedangkan ia sebenarnya mampu, niscaya Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segenap makhluk dan ia disuruh memilih jenis pakaian mana saja yang ia kehendaki untuk dikenakan.” (HR. Tirmidzi no. 2481 dan Ahmad 3: 439. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Maksud hadith bahawasanya, ia bukan menghalang kita berpakaian baru dan bagus, tapi berpakaian yang berlebih-lebihan tak boleh la. Ok Aku bagi contohla.. baju yang berharga rm50 vs rm10, baju rm10 dah cukup bagus, kita mampu membeli baju yang rm50, kita tak beli sebab meninggalkan baju itu untuk tawadhu (merendah diri keapada Allah), jangan keliru sebab kita juga dianjurkan untuk berpakaian baru dan bagus dalam islam. Nabi صلى الله عليه و سلم juga berpakaian baru dan bagus, tidak pernah dalam riwayat Nabi menggunakan pakaian yang lusuh atau robek, tapi pakaian nabi صلى الله عليه و سلم daripada contothnya  cotton yaman, jubah berwarna merah dan bergaris hitam yang bagus dan baru. Doa tersebut ialah : 


: Sementara itu, doa kita melihat ORANG LAIN, memakai baju baru adalah :
Ilbis jadidan wa ish hamidan wamuttu shahidan
Maksud : Semoga dikau selalu memakai baju baru, dan semoga dikau selalu hidup bahagia, dan semoga saat dikau mati, mati dalam keadaan mati shahid. ISLAM ITU INDAH kan? NAAAMMM (YESS!!)
Untuk mengukuhkan hujjah di atas,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبَّ أَنْ يُرَى أَثَرُ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ
Sesungguhnya Allah suka melihat tampaknya bekas nikmat Allah kepada hamba-Nya.” (HR. Tirmidzi no. 2819 dan An Nasai no. 3605. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih)