Translate

Sunday, May 10, 2015

Rezeki: Tips/ Cara/Amalan dimurahkan, dilimpahi dan bertambah.

Bercakap mengenai rezeki, apa itu rezeki? Rezeki bukan duit sahaja ek, tapi rezeki termasuklah kesihatan yang baik, anak yang ramai, dan lain2. Jangan sempitkan pemikiran kita rezeki itu duit, duit itu rezeki. Yang lain kita tak pandang sebagai rezeki. takmo takmo takmo ye!


Definisi rezeki ialah segala macam yang diperlukan oleh makhluk dalam menjalani hidup di dunia. Rezeki ni macam pokok yang berbuah dan berselerak buahnya di bumi. Ok, buah yang terjatuh di atas berselerak di bumi tinggal nak pungut sahaja, ni macam kurniaan Allah yang sudah ada pada kita. contoh penglihatan, Manakala buah yang masih di atas pokok tu seperti rezeki yang kita kena usahakan contoh duit makan untuk keluarga. faham tak ni?  ok good! so, cekdisout!



1) Banyakkan istighfar.. 





“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

2) Pergi haji dan umrah berulang- ulang


Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3) Takwa
4) Tawakkal
5) Mengukuhkan silaturaahim
6) Bersedekah 
7)Berhijrah kerana Allah
8) Berbuat baik kepada orang lemah

Berdoalah, antara doa yang boleh di amalkan






No comments:

Post a Comment