Translate

Tuesday, May 19, 2015

Zikir selepas solat selari dengan sunnah Nabi

Kebiasaan masyarakat kita, sekiranya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa yang panjang berzikir selepas solat, mereka akan cenderung untuk membaca al-Fatihah, lalu berdoa dan berlalu pergi. Namun adakah benar amalan ini ada diamalkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam para sahabat?

Amalan Sunnah dan Ringkas selepas Solat
Hakikatnya, baginda tidak memerintahkan kita membaca al-Fatihah dan berdoa setiap kali selesai solat, kerana hal itu telah dibaca didalam solat, namun sebaliknya yang diperintahkan dan disunnahkan adalah zikir-zikir dan surah-surah pendek yang lain. Sekiranya kita tidak berkelapangan untuk berzikir panjang, maka 4 amalan ini sudah memadai untuk dilakukan. Selain ia zikir yang pendek dan mudah, ia juga sunnah baginda yang sangat besar ganjarannya, hingga amat rugi untuk kita meninggalkannya.

1. Istigfar 3x
أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
“Aku minta ampun kepada Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah As-Salaam (Yang selamat dari keburukan dan kekurangan) dan dari-Mu as-salaam (keselamatan), Maha Berkah Engkau Wahai Dzat Yang Maha Agung dan Maha Baik.” (HR. Muslim 1/414)

2. Berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar 33x
سُبْحَانَ اللهِ (33 ×)
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)
اَللهُ أَكْبَرُ (33 ×)
Kemudian dicukupkan menjadi seratus dengan membaca,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
(tiada yuhyi wayumit)

“Barangsiapa membaca zikir ini setelah selesai dari setiap solat wajib, maka diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

3. Membaca 3 Qul
‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan saya untuk membaca al–Mu’awwidzat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) setiap kali selesai solat.” (HR. Abu Dawud, dihukumi sahih oleh al-Albani)

4. Ayatul Kursi
Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.” (HR. An-Nasai dalam Al Kubro 9: 44. Hadits ini dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, sebagaimana disebut oleh Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram.)

Bagaimana pula berdoa selepas solat? Tiada satu pon hadis menunjukkan Nabi S.A.W berdoa, apatah lagi berdoa ramai-ramai. Berzikir beramai-ramai juga tiada. Masing- masing berzikir sendirian. Semoga bermanfaat. Allahua’lam Beramallah dengan amalan yang mengikuti cara nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallam 



No comments:

Post a Comment